Maka Adanya Buku W.A.G.M.I

02/08/2022

Maka Adanya Buku W.A.G.M.I

Perkongsian hari ni tentang buku WAGMI. Ini bukan marketing, sebaliknya program kesedaran memandangkan buku WAGMI diberikan secara percuma di program-program Sekolah Kripto.

Buku WAGMI adalah buku pertama di Malaysia yang berbahasa melayu dan mengupas Emas, Blockchain, Aset Kripto, NFT serta emas, semuanya dalam satu buku. Buku bersaiz A4 setebal 200 bukan sahaja diolah dalam bahasa yang sangat mudah difahami, buku ini juga mempunyai nisbah mukasurat per harga yang rendah berbanding buku-buku rujukan lain.

Namun, nilai sebuah buku bukanlah pada harganya. bukan juga pada ketebalannya. Don’t judge a book by its cover. Buku WAGMI adalah hasil titik peluh penulis sejak tahun 2017. Dengan lebih dari 100 reference (rujukan), buku WAGMI mengupas dengan jelas erti blockchain dan emas. Bukan sekadar kajian buku-buku, pihak Sekolah Kripto juga menjalankan wawancara bersama pelbagai pihak seperti majlis agama islam selangor untuk mendapatkan fakta yang paling tepat untuk dimasukkan ke dalam buku WAGMI.

Jujurnya, royalti yang diperoleh serta margin untung buku WAGMI adalah terlalu kecil. Keuntungan yang kami dapat juga harus dibayar cukai. Pada kami , fokus utama kami adalah PENDIDIKAN, bukannya untung semata-mata.

Projek Not-For-Profit.

Mulai tahun 2022, Sekolah Kripto menjalankan model perniagaan Not-For-Profit. Kami tidak selalu mendapatkan untung secara langsung dari konsumer, sebaliknya kami berusaha mendapatkan geran pendidikan bagi komuniti Malaysia. Geran ini diusahakan dengan susah payah; kertas kerja, grant defense melalui AMA, serta kami juga diberi tanggungjawab untuk melakukan promosi bagi pihak penaja. Sebagai timbal balas, kami berjaya mendapatkan bukan sahaja ilmu verbal percuma bagi komuniti malaysia, kami juga berjaya mendapatkan sponsor bagi memberikan buku WAGMI secara percuma untuk anda semua.

Bukankah satu kegilaan untuk seorang guru yang mendapatkan tempat, makanan, minuman, wang saku kripto malah buku percuma untuk anak muridnya? Namun itulah kami di Sekolah Kripto. Kamilah si gila yang mengajar secara PERCUMA. Tanpa satu pun referral link atau paksaan pembelian sebarang produk kami. If you like it, you buy it. Itu polisi yang kami gunakan.

Jadi pastinya kami berasa kecewa apabila kelas percuma yang bukan sekadar kami usahakan, namun telah berpuluh ribu dihabiskan oleh penaja, dipermainkan BEGITU SAHAJA oleh rakyat Malaysia. Joy register. Daftar dan tidak hadir. RIbuan duit dihabiskan kepada sewaan dewan, sistem PA dan live stream bertaraf DUNIA, buku dan goodie bag, serta coin-coin kripto untuk latihan.

Kalau anda hadir ke kelas kami., mungkin anda akan pening. satu sesi pastinya tidak mampu membuat kamu faham apa itu Kripto. Kerana itu kami kirimkan buku WAGMI. Buku ini telah dibahagikan kepada lima jilid, yang mengupas tentang Mata Wang, Emas, Bitcoin, Ethereum, DeFi. Setiap satu dihiasi dengan ilustrasi.

Sekiranya anda belum mendapat buku kami , anda boleh membelinya di shopee. Maaf, kami TIDAK akan mengirim buku kami secara percuma. Buku kami adalah gratis hanya di kelas kami. Kerana? di kelas, kami mahukan komitmen anda, bukan wang anda.

Ini Sekolah yang gila. Sejak 2017 ia telah mengajar kripto secara percuma (Dahulu di bawah nama Saudagar Training Enterprise). Ini scam yang luar biasa, kerana ia mencari downline ilmu. Ini bukannya multilevel marketing. Kerana itu kami gagal marketing. Ini adalah multilevel of knowledge. Interoperable Knowledge.

Maklumat lanjut: https://info.sekolahkripto.org

Buku Wagmi

Kategori

Web 3BlockchainKripto