TENTANG KAMI

MySekolah Kripto

MySekolahKripto adalah pusat Inter-Operasi ilmu yang menyediakan pembelajaran dan kesedaran tentang teknologi Blockchain, Aset Kripto, DeFi, & NFT di Malaysia. Berkembang kukuh sejak 2017, MySekolahKripto menyasarkan untuk menjadi pemain jangka panjang dalam dunia kripto Malaysia: sebagai pendidik, pengupaya komuniti & penganjur projek.

Kami berhasrat untuk memudahkan penggunaan Web3 melalui pendidikan di Malaysia. Kami menyediakan pembelajaran berterusan melalui pelbagai platform termasuk kelas fizikal, dengan sokongan geran daripada entiti blockchain antarabangsa. Kami menggunakan model perniagaan Bukan Untuk Untung di mana jualan dan geran yang diterima digunakan untuk menyediakan kursus percuma untuk masyarakat Malaysia

MySekolahKripto
MySekolahKripto

VISI KAMI

Visi kami adalah untuk berkembang di luar Malaysia dan untuk menembusi pasaran global, dengan Asia Tenggara sebagai sasaran utama.

Ekositem Kami

Skola labs tech

Cabang pembangunan MySekolahKripto. Memupuk generasi baharu bakat dalam pengaturcaraan dan kes penggunaan sebenar dalam Web3, Blockchain dan DeFi.

Osmosis Malaysia

Berfungsi sebagai saluran komunikasi untuk pemegang & peniaga syiling Osmosis di Malaysia.

Waves degen Malaysia

Tempat untuk meneroka Waves dan mengetahui lebih lanjut tentang DeFi dalam Ekosistem Waves untuk rakyat Malaysia.

Tezos degen Malaysia

Jom ceburi Tezos bersama Tezos Degen Malaysia!

Malaysia Interchain Association

Memberi tumpuan kepada pembinaan komuniti dalam Ekosistem Kosmos.

W3nita

Memperkasakan wanita dalam ruang Web3 dan Blockchain di Malaysia.